Bangunan utama Muzium Kota Kayangan.
Lagi bangunan muzium yang menempatkan artifak bersejarah.
Tembok yang mencatatkan peritiwa bersejarah.
Tapi malangnya aku tidak berkesempatan untuk memasuki muzium ini kerana kesuntukan masa.
Aku meneruskan perjalananku ni ke Bandaraya Alor Setar. Aku singgah di Komplek Pekan Rabu. Satu tempat/pasar yang telah menempatkan peniaga2 bumiputera yang terbesar diNegeri Kedah, menjual bermacam macam barang yang telah terkenal seanterio dunia. Mengikut sejarah disinilah bekas PM kita Tun Dr Mahathir mula2 menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada awal remajanya dulu. Aku menjelajah, melihat dan seterusnya membeli sedikit oleh2 disini............
Bangunan KKomplek Pekan Rabu, Alor Setar. Kedah.
Anjung Pekan Rabu.
Penjual dikaki lima Komplek Pekan Rabu.
Inilah sahaja sebahagian jualan yang terdapat dalam Komplek Pekan Rabu yang dapat aku paparkan.
Dibahagian luar bangunan terdapat potret Tuanku Sultan Kedah dan Sultanah.
Terdapat juga peta Negeri Kedah dan Langkawi dibahagian luar bangunan.
Ini adalah Bangunan Tunku yang terletak dihadapan Komplek Pekan Rabu.
Ini adalah bekas penggung Empire yang terletak bersebelahan Komplek Pekan Rabu.
Sekarang telah dijadi pusat hiburan pula.
Dalam kesibukan aku mengambil gambar muncul seorang kanak2 meminta supaya aku mengambil
gambarnya. Inilah dia kanak2 itu............
Seterusnya perjalananku menuju ke Bukit Mertajam, singgah sebentar diSungai Petani untuk melihat Kem Lapangan Terbang dimana anak aku akan melaporkan diri bertugas disana pada bulan March nanti. Puas juga aku berpusing pusing dibandar Sungai Petani mencari kem tersebut. Akhirnya setelah bertanya pada seorang Cina yang kebetulan berjumpa dengannya, jumpalah tempat yang dicari cari. Oleh kerana tempat ini adalah premis keselamatan hanya gambar2 ini sajalah yang dapat diambil..........
Aku meneruskan perjalananku ke Bukit Mertajam. Setelah berehat, mandi dan solat dirumah adik aku, pada sebelah petang aku, keluarga aku dan keluarga adik aku pergi pula ke Pulau Pinang dan tempat yang ditujui tentulah Padang Kota Lama...............
Gambar2 ini adalah mencu tanda Padang Kota Lama. P Pinang.
Pemandangan pesisir pantai Padang Kota Lama.
Gambar2 ini adalah sebahagian daripada jualan disepanjang
pejalan kaki diPadang Kota Lama.
Setelah puas menikmati keindahan Padang Kota Lama dan melihat gelagat orang ramai bersantai menikmati udara segar dari laut, pergi pula kegerai jualan makanan dan minuman untuk mengalas perut dan menghilangkan dahaga............
Akhirnya singgah disatu gerai yang istewa sedapnya makanan yang disediakan, maka makanan yang paling famous kat Pulau Pinang ini dipesan. Makanan tersebut adalah "PASSEMBORRRRR"................
Setelah kenyang dan hilang dahaga, hari pun dah lewat, maka beredarlah untuk pulang. Terserempak pula dengan sekumpulan pelancong asing sedang menaiki beca mengelilingi Padang Kota........
Setelah menyaksikan perarakan beca yang dinaiki pelancong asing, kami beredar dari Padang Kota dan balik ke Bukit Mertajam. Besoknya berangkat balik kePahang melalui Cameron Highland.
Maka berakhirlah coretan perjalanan kePerlis sebanyak dua siri. Berjumpa lagi dalam coretan yang lain pula pada masa2 yang mendatang. Selamat bertemu lagi......................
No comments:
Post a Comment