Tuesday, February 22, 2011

Kecantikan dan kemusnahan.

Baru2 ini iaitu sekitar bulan Oktober 2010, dunia digemparkan dengan kejadian alam semula jadi iaitu meletusnya Gunung Merapi diJogjakarta Indonesia. Betapanya dunia sebelah sini menjadi huruhara akibat kejadian tersebut. Ramai juga yang terkorban, penerbangan pesawat ke Jogjakata dibatalkan, penduduk2 berhampiran dipindahkan ketempat selamat dan lain2 lagi keadaan yang mencemaskan. Dibawah ini dipaparkan sebahagian gambar2 yang memperlihatkan kecantikan gunung berapi ketika ia tidur, keganasan yang dipamirkan ketika ia meletus dan kemusnahan yang terhasil.


Lihatlah betapa cantiknya gunung ini dengan landskap yang menarik.
Panorama yang cantik diwaktu senja.
Lagi pemandangan yang cantik diwaktu petang.


      Lagi gambar2 yang cantik dan menarik ketika ia aman. Ini adalah Gunung Berapi Bromo diJawa Timur.

         Tetapi apabila ia mulai meletus memuntahkan lahar dan debu2, keganasannya semakin terserlah.







Sekarang mari kita lihat kemusnahan yang terjadi sungguh dahsyat dan menyayat hati.


















Gambar2 diatas menunjukkan dahsyatnya kesan2 kemusnahan yang berlaku akibat meletusnya abu2 serta lahar Gunung Merapi sehingga buah salak pun dilitupi abu Gunung Merapi.
    Namun disebalik kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk berhampiran, ada juga keberuntungannya kerana tanah2 abu gunung berapi boleh dijual, boleh dijadikan sumber mendapatkan wang. Gambar diatas menunjukkan penduduk mengumpul tanah, abu dan pasir untuk dijual.

           Dibawah ini kita lihat mangsa2 Gunung Merapi melarikan diri dari keadaan yang membahayakan.



                                  Pasukan penyelamat berusaha keras untuk menyelamatkan mangsa.





Dibawah ini adalah seorang tokoh diJogjakarta yang terkorban semasa kemuncaknya letupan Gunung Merapi. Beliau tidak lari menyelamatkan diri kerana beliau berusaha untuk mententeramkan gunung tersebut. Malangnya beliau sendiri terkorban. Beliau adalah Pak Marjan jurukunci Gunung Merapi.

Demikianlah sebahagian gambar2 kejadian Gunung Merapi Jogjakarta. Gambar2 adalah sumbangan Pak Imam Widodo iaitu Pemandu Pelancong diJogjakarta. Terima kaseh Pak........

No comments:

Post a Comment