Bangunan ini adalah bekas ibupejabat Polis Daerah Raub. Sekarang telah dijadikan Muzium setelah semua operasi Polis telah berpindah kebangunan baru yang terletak bersebelahan dengannya. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1906 oleh pemerintah Inggeris pada masa itu.
Rumah Rehat Raub.
Pada masa dahulu, rumah rehat inilah satu satunya tempat penginapan yang berbayar diRaub. Ia menjadi pilihan utama kepada semua golongan yang bertandang ke Raub sebagai tempat rehat dan melepaskan penat lelah perjalanan atau tempat persinggahan semalaman sebelum menyambung perjalanan atau menjalankan apa2 aktiviti pada esok hari. Ia senantiasa dilanggani oleh semua golongan saperti kakitangan kerajaan, ahli perniagaan, pemimpin2 negara dan yang teristimewanya Sultan Pahang pun menginap disini apabila beliau berkunjung ke Raub ini.
Ini adalah Dewan Jubilee Raub. Ia telah dibina pada tahun2 60an. Telah beberapa kali dibaik pulih dan kerja2 pengubahsuaian. Ia menjadi dewan yang utama disekitar daerah Raub ini sebagai dewan persidangan. Diantara persidangan yang besar2 yang diadakan disini ialah Persidangan Agung UMNO Bahagian Raub. Majlis2 perjumpaan anjuran kerajaan, perjumpaan2 dan aktiviti tertentu saperti pameran dan derma darah yang dianjurkan oleh pehak swasta atau NGO didaerah Raub ini. Sekarang ini pula sudah menjadi trend majlis2 kawin diadakan didewan, dan sudah tentu Dewan Jubilee menjadi pilihan utama kerana ia terletak ditengah tengah bandar Raub. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja majlis kawin didewan ini. Oleh itu ia perlu dipelihara dan dikekalkan bukan saja untuk generasi akan datang bahkan ia telah menjadi bangunan bersejarah.
Bangunan Majlis Daerah Raub sebelum dibaik pulih.
Bangunan Majlis Daerah Raub sekarang setelah dibaik pulih .
Bangunan ini pada asalnya adalah Pejabat Tanah dan Daerah Raub. Setelah Pejabat Tanah dan Daerah Raub berpindah ketempat sekarang dimana jaraknya adalah lebih kurang dua kilometer dari sini maka bangunan ini diambil alih oleh Majlis Daerah Raub (MDR).
No comments:
Post a Comment