Papan tanda menunjukkan arah ke Pekan Air Hitam sejurus keluar dari Lebuhraya.
Salah sebuah kedai yang menjual barang2 tembikar hiasan.
Gambar2 diatas menunjukkan beranika jualan terdapat di Pekan Air Hitam, Johor serta kelihatan orang ramai sedang membeli belah.
Gambar2 diatas pula adalah restoran2 disekitar Pekan Air Hitam Johor yang menjadi tempat tumpuan para pengunjung untuk menjamu selera dan mengalas perut sebelum ke acara seterusnya iaitu membelibelah. Diantara makanan yang popular diJohor ini adalah 'Nasi Beriani'.
Oleh kerana Pekan Ari Hitam Johor ini sudah menjadi produk perlancongan yang terkenal seluruh negara, sudah mestinya proses pembangunan nya harus ditingkatkan lagi. Pihak berkuasa mesti menyusun semula atau menempatkan premis2 perniagaan ini disatu tempat yang lebih teratur, kebersihan dan sampah sarap diuruskan dengan lebih baik, tempat letak kereta/bas yang selesa dan segala kemudahan untuk pengunjung disediakan dengan sempurna. Semua ini akan dapat menarik pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara berbelanja diPekan Air Hitam Johor.
No comments:
Post a Comment