Sunday, February 27, 2011

Sepetang di Tangkak.

Sebut saja Bandar Tangkak, Muar Johor semua orang mengetahuinya. Apa ada di Tangkak? soalan ini menerjah di setiap insan yang belum pernah menjejak kaki di bandar ini. Kalau nak tahu ada apa di bandar Tangkak ini, dibawah ini dipaparkan gambar2 yang sempat diambil dalam kunjungan ini.......


    Mercu tanda Bandar Tangkak berhadapan dengan stesyen bas dan teksi.



Stesyen bas dan teksi Bandar Tangkak.
Restoran yang menjual nasi ayam dan satay ditengah Bandar Tangkak.










Sebahagian daripada premis jualan kain pasang dan langsir yang terdapat disekitar Bandar Tangkak.



Saturday, February 26, 2011

Air Hitam Johor - pusat beli belah anika barangan.

Air Hitam Johor - seantero dunia sudah mengetahui bahawa disinilah tempat jualan barang2 tembikar di Malaysia. Semua jenis barang2 tembikar dan bukan tembikar untuk hiasan ada jual disini.Juga terdapat barang makanan ringan yang dihasilkan oleh penduduk kampung, hasil2 pertanian saperti keladi dan pisang tanduk juga terdapat disini.

                      Papan tanda menunjukkan arah ke Pekan Air Hitam sejurus keluar dari Lebuhraya.


                                        Salah sebuah kedai yang menjual barang2 tembikar hiasan.





















Gambar2 diatas menunjukkan beranika jualan terdapat di Pekan Air Hitam, Johor serta kelihatan orang ramai sedang membeli belah.
Gambar2 diatas pula adalah restoran2 disekitar Pekan Air Hitam Johor yang menjadi tempat tumpuan para pengunjung untuk menjamu selera dan mengalas perut sebelum ke acara seterusnya iaitu membelibelah. Diantara makanan yang popular diJohor ini adalah 'Nasi Beriani'.
Oleh kerana Pekan Ari Hitam Johor ini sudah menjadi produk perlancongan yang terkenal seluruh negara, sudah mestinya proses pembangunan nya harus ditingkatkan lagi. Pihak berkuasa mesti menyusun semula atau menempatkan premis2 perniagaan ini disatu tempat yang lebih teratur, kebersihan dan sampah sarap  diuruskan dengan lebih baik, tempat letak kereta/bas yang selesa dan segala kemudahan untuk pengunjung disediakan dengan sempurna. Semua ini akan dapat menarik pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara berbelanja diPekan Air Hitam Johor.

Tuesday, February 22, 2011

Kecantikan dan kemusnahan.

Baru2 ini iaitu sekitar bulan Oktober 2010, dunia digemparkan dengan kejadian alam semula jadi iaitu meletusnya Gunung Merapi diJogjakarta Indonesia. Betapanya dunia sebelah sini menjadi huruhara akibat kejadian tersebut. Ramai juga yang terkorban, penerbangan pesawat ke Jogjakata dibatalkan, penduduk2 berhampiran dipindahkan ketempat selamat dan lain2 lagi keadaan yang mencemaskan. Dibawah ini dipaparkan sebahagian gambar2 yang memperlihatkan kecantikan gunung berapi ketika ia tidur, keganasan yang dipamirkan ketika ia meletus dan kemusnahan yang terhasil.


Lihatlah betapa cantiknya gunung ini dengan landskap yang menarik.
Panorama yang cantik diwaktu senja.
Lagi pemandangan yang cantik diwaktu petang.


      Lagi gambar2 yang cantik dan menarik ketika ia aman. Ini adalah Gunung Berapi Bromo diJawa Timur.

         Tetapi apabila ia mulai meletus memuntahkan lahar dan debu2, keganasannya semakin terserlah.







Sekarang mari kita lihat kemusnahan yang terjadi sungguh dahsyat dan menyayat hati.


















Gambar2 diatas menunjukkan dahsyatnya kesan2 kemusnahan yang berlaku akibat meletusnya abu2 serta lahar Gunung Merapi sehingga buah salak pun dilitupi abu Gunung Merapi.
    Namun disebalik kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk berhampiran, ada juga keberuntungannya kerana tanah2 abu gunung berapi boleh dijual, boleh dijadikan sumber mendapatkan wang. Gambar diatas menunjukkan penduduk mengumpul tanah, abu dan pasir untuk dijual.

           Dibawah ini kita lihat mangsa2 Gunung Merapi melarikan diri dari keadaan yang membahayakan.



                                  Pasukan penyelamat berusaha keras untuk menyelamatkan mangsa.





Dibawah ini adalah seorang tokoh diJogjakarta yang terkorban semasa kemuncaknya letupan Gunung Merapi. Beliau tidak lari menyelamatkan diri kerana beliau berusaha untuk mententeramkan gunung tersebut. Malangnya beliau sendiri terkorban. Beliau adalah Pak Marjan jurukunci Gunung Merapi.

Demikianlah sebahagian gambar2 kejadian Gunung Merapi Jogjakarta. Gambar2 adalah sumbangan Pak Imam Widodo iaitu Pemandu Pelancong diJogjakarta. Terima kaseh Pak........