Ustaz Radzuan Hj Nordin dari Pejabat Agama Islam Raub selaku Pengurusi Seminar.
Penceramah pertama Ustaz Shaari Abd Rahman, Penolong Pengarah Bhg Undang2 Keluarga Islam dari JAIP sedang menyampaikan ceramah dengan tajuk 'Prosedur Perkahwinan dinegeri Pahang.
Penceramah kedua Yang Arif Hakim MRS (Jerantut, Raub dan Bentong) Tuan Mohd Khair Bin Zainal Abidin sedang menyampaikan ceramahnya yang bertajuk 'Perkahwinan Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah Serta Penalti Kesalahan Dibawah Undang2 Keluarga Islam'.
Seorang peserta sedang bertanya soalan kepada penceramah.
Yang Arif Tuan Hakim MRS menjawab soalan dari peserta.
Penceramah ketiga Puan Marlisa bt Mohd Fahmi Penolong Pengarah dari Biro Bantuan Guaman Raub menyempaikan ceramahnya bertajuk 'Masaalah Rumah Tangga dan Isu Isu Hak Selepas bercerai'.
Salah seorang peserta menanyakan soalan kepada Puan Marlisa.
Puan Marlisa menjawab soalan dari peserta.
Para peserta yang menghadiri seminar ini.
Majlis penutup seminar.
Sekali lagi Ustaz Radzuan menjadi pengurusi majlis.
Majlis penutup ini akan disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Abdul Qahar Bin Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah bahagian Undang2 Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Pahang.
Tuan Haji Abdul Qahar sedang menyampaikan ucapannya dimana beliau berharap peserta2 dapat sedikit sebanyak ilmu berkenaan Undang2 Keluarga Islam ini dan sebarkan pengetahuan ini kepada seluruh masyarakat Islam dalam kariah masing2. Seterusnya beliau mengistiharkan menangguh dan menutup seminar ini.
Peserta2 sedang khusyuk mendengar ucapan penutup dari Tuan Haji Qahar.
Alfadhil Tuan Pegawai Agama Islam Raub sedang menyampaikan cendera hati kepada Tuan Haji Abdul Qahar.
Dengan ucapan dari Tuan Haji Abdul Qahar 'saya dengan ini menangguh dan menutup seminar ini' maka berakhirlah sudah 'Seminar Undang Undang Keluarga Islam Pahang' dan majlis disudahi dengan minum petang dan seterusnya bersurai.